Posts

Sayembara Kartun Klasik

Image
  📕 Sayembara Kartun Klasik Koleksi karya original Sayembara Kartun dalam versi hitam putih. Sayembara Kartun Klasik menghimpunkan karya-karya kartun dan komik pendek original Ijoi dari era awal, bermula sekitar tahun 1994 . Inilah karya-karya asal yang menjadi sebahagian daripada perjalanan awal Ijoi sebagai kartunis — dilukis dalam versi hitam putih , dengan gaya dan karakter asli daripada zaman tersebut. Kini, karya-karya klasik ini sedang melalui proses remaster dan redraw untuk dikemas kini semula, sambil mengekalkan identiti, cerita dan semangat karya original. Sesuai untuk pembaca yang ingin melihat kembali karya asal Ijoi dari era 1990-an serta menyaksikan bagaimana karya-karya tersebut berkembang dan dilahirkan semula dalam edisi remastered. Format: PDF Digital RM8 👉 Dapatkan Sayembara Kartun Klasik PREVIEW         👉 SAMBUNG BACA? JOM CLICK SUPPORT! 👉 CLICK SUPPORT

Kalau Hari Ni Rasa Teruk

Image
 

Dari Kuliah Untuk Semua Kepada Ilmu Karya

Image
  Dari Kuliah Untuk Semua Kepada Ilmu Karya Ada satu perubahan kecil yang sedang berlaku di blog ini. “Kuliah Untuk Semua” kini dikenali sebagai “Ilmu Karya”. Bagi sesetengah orang, mungkin nampak macam tukar nama sahaja. Tetapi bagi saya, perubahan ini sebenarnya lebih besar daripada itu. Kuliah Untuk Semua telah bermula sejak 2007. Ia lahir sebagai satu ruang untuk berkongsi ilmu dan pandangan tentang dunia kreatif — terutama perkara yang dekat dengan kehidupan saya sebagai kartunis dan pengkarya. Pada ketika itu, topik yang dibincangkan lebih banyak berkisar tentang perkara seperti komik, animasi, web komik, storyboard, reka bentuk dan proses menghasilkan karya. Itulah dunia yang saya lalui dan itulah perkara yang saya rasa menarik untuk dikongsi. Tetapi selepas bertahun-tahun berkarya, melihat perkembangan industri dan melalui sendiri perubahan teknologi, dunia kreatif juga berubah. Jadi saya mula terfikir: Kalau ilmu dan perkara yang kita bincangkan semakin luas, kenapa nama ...

Clip Art: Kartun Konvo

Image
Clip Art merupakan koleksi visual, grafik, vector, ilustrasi atau kartun yang biasa digunakan untuk menghiasi persembahan media.  Ia terdapat dalam bentuk statik bagi tujuan percetakkan dan juga animasi bagi tujuan persembahan slide. Clip art animasi  selalu digunakan untuk tujuan menambah tarikan pada slide presentation mahupun pada laman web. Ia juga digunakan untuk menghiasi muka surat pada kad, poster, buku, buku teks, modul  seminar atau kursus dan apa saja jenis bahan cetakan  yang memerlukannya.  Disamping itu ada juga kegunaannya seperti yang kita selalu jumpa ditepi jalan seperti Bunting atau banner yang mengiklankan perkhidmatan  contohnya Pusat Tuisyen, Belajar bahasa Inggeris, Belajar Matematik dll. Clip art kali ini merupakan kartun bertemakan Pelajar berkonvokesyen sesuai sangatlah untuk ditampal pada apa sahaja yang berkaitan untuk hari konvokesyen atau apa sahaja yang anda rasakan sesuai . Kartun Pelajar Konvokesyen – Karya...

IjoiKartun Kini Berpindah Ke IjoiCartoon.com

Image