Clip Art: Kategori Usahawan,Bisnes & Pemasaran

Koleksi Clip Art kartun bertemakan usahawan, bisnes dan pemasaran oleh IjoiCartoon. Koleksi ini menampilkan ilustrasi kartun yang sesuai digunakan untuk menggambarkan dunia perniagaan, keusahawanan, pemasaran dan aktiviti profesional. Ilustrasi ini sesuai digunakan sebagai bahan visual untuk poster, bahan pembelajaran, persembahan, modul, blog, laman web, bahan promosi dan pelbagai projek kreatif berkaitan perniagaan.

Asal diterbitkan: 20 Februari 2014
Dikemas kini: 21 Ogos 2026

Clip Art merupakan koleksi visual, grafik, vector, ilustrasi atau kartun yang biasa digunakan untuk menghiasi persembahan media.  Ia terdapat dalam bentuk statik bagi tujuan percetakkan dan juga animasi bagi tujuan persembahan slide.

Clip art animasi  selalu digunakan untuk tujuan menambah tarikan pada slide presentation mahupun pada laman web.

Ia juga digunakan untuk menghiasi muka surat pada kad, poster, buku, buku teks, modul  seminar atau kursus dan apa saja jenis bahan cetakan  yang memerlukannya.

 Disamping itu ada juga kegunaannya seperti yang kita selalu jumpa ditepi jalan seperti Bunting atau banner yang mengiklankan perkhidmatan  contohnya Pusat Tuisyen, Belajar bahasa Inggeris, Belajar Matematik dll.

Clip art kali ini merupakan kartun bertemakan Kategori Usahawan,Bisnes & Pemasaran sesuai sangatlah untuk ditampal pada apa sahaja yang berkaitan dengan bisnes atau apa sahaja yang anda rasakan sesuai .





Comments

Popular posts from this blog